Latar belakang Chloé_Zhao

Chloé Zhao dilahirkan sebagai Zhao Ting dan dibesarkan di Beijing, Tiongkok, kepada pasangan Zhao Yuji, bekas pengurus am sebuah syarikat baja milik negara.[2][3] Ibu bapanya kemudian berpisah dan bapanya berkahwin lagi dengan pelakon Song Dandan. Sewaktu masih remaja, beliau memberontak dan tertarik pada pengaruh dari budaya popular Barat.[4] Beliau melanjutkan pendidikan di sekolah asrama di London sebelum berpindah ke Los Angeles untuk menghadiri sekolah menengah.[5] Beliau belajar di Kolej Mount Holyoke dan memperoleh ijazah sarjana dalam sains politik.[6] Beliau mempunyai pekerjaan sampingan sebagai promoter acara, hartanah dan barista sebelum mempelajari penerbitan filem di Tisch School of the Arts Universiti New York.[2][7]

Beliau kini menetap di California, Amerika Syarikat.[2]

Rujukan

WikiPedia: Chloé_Zhao http://filmmakermagazine.com/people/chloe-zhao/#.V... http://www.imdb.com/name/nm2125482/ http://talkeasypod.com/artist/chloe-zhao/ https://americanwaymagazine.com/filmmaker-chlo%C3%... https://baike.baidu.com/item/%E8%B5%B5%E5%A9%B7/22... https://www.goldenglobes.com/articles/chlo%C3%A9-z... https://www.interviewmagazine.com/film/the-rider-c... https://www.vogue.com/article/chloe-zhao-the-rider... https://catalogue.bnf.fr/ark:/12148/cb178225850 https://data.bnf.fr/ark:/12148/cb178225850